♛ DELISAstory(s) ♛
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Touching di *dalam* :)
Wednesday 28 March 2012 @ 18:27 | 0 Comment [s]

Tadi kebetulaan sewaktu ditempat kenduri saya makan dihadapan pasangan yang betul betul buat saya tersentuh. Dalam hati saya berkira2 berapa agak nya umur pasangan didepan saya ini. Saya rasa hampir 75 tahun keatas. Mereka berdua datang dengan baju yang sama warna tanah nya, jam mereka sama dan apa yang saya tersentuh cara pakcik tersebut layan isteri beliau. Begitu lemah lembut dan sangat tertib. Sehingga saya terlupa tangan saya tergantung didalam pinggan. Begitu jugak dengan isteri beliau, amat tertib dan lemah lembut bila bercakap. Bila usai makan pakcik tadi basuhkan tangan isteri beliau dengan wajah yang sgt ikhlas saya kira. Beberapa jam selepas makan saya nampak pakcik ni sedang menunggu isterinya saya beranikan diri berbual. Panjang kami becerita itu dan ini. dan salah satu pesanan pakcik tersebut kpd saya, " kalau kita sendiri tidak jujur kepada pasangan kita, apakah layak kita menuntut kejujuran tersebut dari pasangan kita. Kita tak berhak langsung rasa cemburu, jika ia lakukan pekara yang sama kita lakukan" Pakcik tu kat lagi, mulakan dengan diri sendiri insyaallah kamu akan dapat apa yang kamu ingin kan. Isteri dia datang dan mereka pun balik dengan saling berpimpin. Tepat tekaan saya pasangan tersebut berumur 78 tahun. Keluarga yang bahagia akan lapangkan hati kita untuk aman beribadat dengan allah. Percayalah. - SAFWAN (iloveISLAM)


Older Post | Newer Post
welcome :)

Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.


Entry Profile Stuff Links



Tagboard

Round of applause
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
#Don't remove this
#Don't ripping