♛ DELISAstory(s) ♛
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
It's Complicated
Sunday 23 September 2012 @ 02:43 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum readers sekalian :)
              Agak sedikit sayu kali nie sebab aku starting rindu dengan semua orang yang terpenting dalam hidup aku & tambah-tambah lagi dengan keadaan hubungan yang COMPLICATED. Entah apa yang complicated sangat sekarang nie. Kadang-kadang aku sendiri pun tida tau apa yang aku rasa sekarang. Confused untuk future sendiri. Kalau diteruskan aku sakit, kalau dilepaskan hmm entah apa maw jadi. Kenapa bertahan? Cukup sekadar kamu tahu aku maw jaga hati semua pihak yang aku sayang & maruah aku. Aku tahu tida patut difikirkan apa yang orang cakap, tapi aku nda maw gara-gara aku semua kena. Aku sayang orang sekeliling aku. Sayang sangat. Memanglah nda nampak sebab aku nda suka kena cakap terhegeh-hegeh nie. Biarlah kamu tahu aku sayang kamu. Banyak macammana sayangnya nda payahlah ditanya. 

           People Change Like A Season. Firstly aku dengar ayat nie dari si Katty. Rupanya dia dengar ayat nie dari Aril. Whatever it is, People Will Change no matter what, when & who it is. Aku langsung nda percaya semua nie DULU. But now, semua tu berlaku depan mata aku. Berlaku dengan aku. Aku dapat rasa yang "People Change Like A Season" dapat rasa sangat. Allah seja tahu apa yang aku rasa sekarang. Kamu nda payahlah trip-trip faham aku sana. Sedangkan aku pun nda tau apa aku rasa now :'3
Btw, apa-apa pun yang terjadi lepas nie aku cuma boleh redha seja. Aku nda kisah. Sebab aku tau ramai yang sayang aku. Bye. Salam :')


RINDU
Tuesday 18 September 2012 @ 06:00 | 0 Comment [s]

Bismillahhirrahmannirahim ~
Assalamualaikum rakyat jelata sekalian alam *lambai-lambai tangan*
Selamat malam shemuanyeww :D
Agak rajin malam nie Cik Lieza update blognya. Hade makne mungkin *bunyi cengkerik*
Khabar berita dari saya? Saya makin bahagia, gemok, kehidupan semakin lengkap sebab orang disekeliling makin sayang dengan I. Weeee tapi tapi tapi kan ~ today I'am felling not very well. Yeah. Baru balik dari Labuan kemarin. Almaklumlah. Cuti-cuti malaysia laaa katakan. Lol -.-' 
Mungkin tidak cukup rehat aite? Hum. Sampai KK seja trus ada class. Cubalah cuti sekejap. 3hari pun jadilah (macam nda puas cuti nie) HAHA. Rindu pulak sama Mama malam nie. Babah pun. Ucu & Apis. Rindu anong jugak. Fatin ma Erah pun aku rindu. Ejat & Ayu paling ku rindu. Semalam ada call Ejat. Banyak betul cerita dia semalam. Aku maw kau tau jat, aku support kau apa seja yang kau buat. Encik boyfriend. Sayee rindu hawak laaa dalink :P
Guys, kamu semua kekuatan aku. Teda kamu aku teda apa-apa. Aku sayang kamu semua :')
Btw kannnn, I had my own Superman already :D Superman laaaa sangat! HAHA *mata ke atas tangan ke bahu ye puan-puan & tuan tuan* 
Nama dia Jasman. Bole panggil Jas. Cukup sekadar itu pengetahuan rakyat jelata. Tidak boleh lebih-lebih ok? Nanti manyak betul gossip yang sampai ke telinga aku. Hahaha. Ok. Kami diijabkabulkan padaaa ~ aits! salah. Kami couple 29 August 2012. Hamboi. Diijabkabulkan laaa sangat. Belum apa-apa sudah berangan si noy nie. Ish ish ish ish -.-'
Alhamdulillah sampai sekarang dia cukup baik untuk saya. Jaga pun ok. Semua ok. Syukur. Doakan seja yang terbaik untuk kami ok? AminYaRabbalAlAmin :)





Ini sahaja entry untuk malam nie. Thanks for reading guys. God bless all of you. Amin :)
Assalamualaikum & Selamat Malam :)


A week of RAYA DUA RIBU DUA BELAS
Monday 27 August 2012 @ 07:40 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum semua :D
Gumbira hati beta setelah dapat update blog nie. Merindui teratak Heartbeat Delisa nie.
Ok ok. Still dalam bulan Syawal rite? Saya disini berdiri menyusun 10 jari and maw mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin too all Muslim. Saya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jika terlanjur kata, termakan, terkasar dan segalanya "ter" samaada sengaja ataupun tidak. Maafkan saya dan keluarga saya :)
Kepada haters I yang hawt diluar sana. Kesalahan anda semua dimaafkan tetapi tidak dapat dilupakan :)
Terima kasih yang pernah datang dalam hidup saya menjadi peneman sebagai bestfriend ataupun kawan biasa. Kamu (haters) sudah bagi saya pengajaran yang sangat bermakna untuk saya lebih berhati-hati dengan orang :) Terima Kasih :)
***THE END***


14hb August. Aku balik labuan. Actually ticket balik 18hb August tu. Tapi memandangkan kami dibagi cuti lebih awal, so ticket tu dibiar hangus hitam jadi arang gara-gara nda sabar maw balik raya. Hee. Happy dapat balik awal. Tambah-tambah lagi ada 1 malam tu mama call. Dia cakap begini *noy, baliklah awal. Mama tiada kawan nie. Bunga api banyak nie sudah. Si abang sama ucu selalu pegi terawih. Jealous mama tengok dorang si wana main bunga api. Belatupan seja. Mama sama anong seja nie. Borink kami. Baliklah awal. Main bunga api kita. Lepas tu kalau nonoy balik awal ada jua kawan mama kemas-kemas rumah* Cehh. Trus esoknya hari isnin ada class. Lepas tu lecturer lagi bagitau esok (selasa) suda tiada class. Lol. Happy gila. Balik rumah terus packing barang. Sumpah semangat maw balik Labuan. Then keesokannya pegi terminal feri ekspress tu. Yang dari KK direct pegi Labuan. Maw check ticket. Ok. Ada! Trus balik pagi tu jugak! Weeee! Lega rasa hati sebab dapat balik awal. Apa yang mama cakap tu sentiasa ja difikiran. Hee.
Time malam raya. Aku tolong mama. Tolong mama masak kuah kacang, nasi impit, kari and something la. Hee. Tolong tengok ja XD
Tedalah. Banyak bha aku tolong. Tolong temankan mama didapur. Tolong temankan mama cerita cerita. Tolong gaul-gaul. Itu sejalah. Hee XD
Lepas mama siap-siap semua. Aku pegi luar. Ok aku nampak adik-adik aku nie tengah belawan bunga api dengan orang sebelah simpang. Lol -.-'
Teda kerja ka maw lawan-lawan. Time tu aku rasa macam dalam cerita TV1 time bulan kemerdekaan yang dari pagi sampai ke malam cerita komunis sejaa. Lol. Lepas tu aku pun joinlah dorang sekali! XD






Awwlololo. Aku balik rumah and the best part aku tengok whoaaa O.O
Babah punya aquarium suda ada ikan. Manyak ag tu :D
Selama nie teda ikan dia. Mati semua. HAHA. Then maw ambik pict. Babah cakap tunggu malam. Kalau malam ada lampu and nampak cantik. So malam laa nie aku ambik pict aquarium babah. Hee. Babah memang suka cenggini nie. Taman taman dan sebagainya. Kadang-kadang aku rasa babah patut jadi pengacara *Deko Bersama Eric* Kadang-kadang sejalah :D
Ok. Malam raya rite? Actually selama nie "Upacara" memasukkan kacang-kacang dan kuih muih kedalam bekasnya selalu kami akan buat time dipagi raya. Tapi apakan daya malam tu anak-anak soleh dan solehah (lahhh sangat!) nie rajin kasi masuk malam tu juga. Haha! Macam biasalah aku suka buli adik-adik aku. Aku suru dorang buat semua aku just buat gula-gula tu seja XP











Tengoklah orang-orang yang dibuli nie XD

First day raya :*
I meet her. Anak buah I ok. Cousin aku punya anak. hee. "Hye, my name is Aliya" *Lambai tangan*


Ahhhh nie Kak pyja XD
Ini Kak Pyja sama Wana :)

Nie pulak on the way pegi rumah m.cik di rancha-rancha :)

Huh! Nie raya ke brapa entah :)
Tapi nice laa. Beraya ramai-ramai. Dengan dorang si girl, denna and nina :)
Tapi pict dorang tiada disini. Hehe.


Nie dirumah Kak Pyja. Dia open house kan. Hee.



Lepas beraya, kami pegi waterpark. Stay-stay sana sekejap :)









Huh. Nie pun nda pasti raya kebrapa. Tapi dorang ramai-ramai ada pegi beraya dekat rumah aku :)
Thanks guys sebab datang XD



*Sibling*




Awwwwlololo.

At airpot :)

























Nie time kami last jumpa :')
I will missyou behh. At airpot :')


Sama baju kami kan? Tapi dia pegi Sarawak aku pegi Sabah. Jauh dimata dekat dihati :')

***THE END***


Now aku tengah rindu Mama sama Babah :'(
Sorry nda call kamu malam nie. Nonoy maw balik. Inda maw tinggal sini.
Itu ja nonoy maw kamu tahuu :')
Salam ma. Salam Bah.


Cinta Platonik ♥
Thursday 2 August 2012 @ 00:57 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum readers! :D
Hati ini manyak shenang shangat shebab eshok mama sama babah maw sampai. Now tengah mengira jam, minit & saat untuk jumpa dengan dorang. Weeeeee! Happy happy happy and happy! :D

Back to the topic :)
Cinta Platonik ♥

Cinta Platonik tu apa?
"Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran" - Sumber : Wikipedia.


Actually selama nie aku ada dengar jugak pasal Cinta Platonik nie. Tapi aku malas maw endahkan sebab hubungannya nie bolehlah dikatakan *couple yang tidak serius* :)
Then bagi yang sudah ada Boyfriend/Girlfriend janganlah gatal-gatal maw berhubungan Cinta Platonik nie sama orang lain :D Kalau yang sudah ada Boyfriend/Girlfriend and still maw berhubungan Cinta Platonik dengan orang lain, ianya dianggap SCANDAL! FAHAM? So, setia laa sama pasangan kamu masing-masing ok?
Hubungan Cinta Platonik nie diibaratkan macam Bestfriend tapi tidak lebih macam orang bercinta, contohnya kalau orang bercinta nie WAJIB kunun ada panggilan sayang, huny, huby & sebagainya. Aite? Tapi kalau Cinta Platonik nie TIADA :)
Kalau boleh elakkan ok? :D
Lagipun, Cinta Platonik itu satu perhubungan yang lebih dari seorang kawan. Diantara seorang lelaki & seorang perempuan. Tetapi tiada unsur tarikan seksual mahupun fizikal :)
By the way, aku tertarik dengan Cinta Platonik nie semenjak aku tengok cerita Hanya Aku Cinta Kau Seorang #HACKS
Yea, start dari sana baru aku buka mata pasal Cinta Platonik tu. Eyalah. Selama nie orang cuma cakap-cakap seja. Tapi jalan cerita yang jelas Cinta Platonik nie pun aku nda tahu :D
Hubungan Cinta Platonik nie jugak selalu berkongsi suka-duka segala masalah yang melanda & kegembiraan yang datang dikongsi bersama. Senang cerita, susah sama susah, senang sama senang :D
Itulah ianya dianggap sebagai Bestfriend! :D
Bagi siapa-siapa yang tidak mahu serious dalam bercouple, bolehlah try Cinta Platonik :) Hubungan ini diibaratkan *sambil-sambil menunggu Mr.Right* :D
Contoh kalau salah seorang dari pasangan nie jatuh cinta, jangan terlampau mengharap. Sebab salah satu syarat Cinta Platonik nie ialah tidak terlalu mengharap kepada pasangan masing-masing. Sebab hubungan ini hanyalah sebagai hubungan yang biasa. Yang mana tidak membawa ke-arah hubungan yang lebih daripada seorang kawan. Tapi kalau kamu mahu, boleh jugak! :D
Make sure pasangan kamu tidak jatuh cinta dengan orang lain :)
Selamat mencuba ♥


Ok. Ini video daripada movie Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Tapi ini cuma sinopsisnya seja :)


Ini seja untuk entry kali ini :) Selamat berpuasa readers! 
Assalamualaikum :)

CRUSH ♥
Thursday 26 July 2012 @ 00:43 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum & hye to all walking bloggie :D
Hari nie suda hari ke-5 umat Islam menyambut bulan Ramadhan kan? Alhamdulillah. Buat masa nie puasa saya penuh dan ABC tu belum lagi tiba masanya :P

Guys ;'3
I got something to share. I do something stupid to my crush. I think laaa. Sebab rasa macam bodoh seja lepas terus terang dengan crush kita yang kita ada feel dengan dia kan? :'3
Sebab, saya terus terang pun atas nasihat orang. Orang tedekat saya. Kawan baik saya ;)
Dorang cakap, better terus terang daripada benda tu dirahsiakan. Sebab, kalau dirahsiakan ataupun perasaan tu dipendam, kau yang sakit. So, saya try. For the first time saya buat kejo gilo :O
Mengaku dekat jantan yang saya ada hati, jatuh hati & menyimpan perasaan selama ini. Aoh man! Dunia nie macam maw meletup saya rasa. Huru hara jadinya :'3

Semalam I text crush I. Sebelum tu kami memang ada texting. After that dia tertidur. So time dia tidur, saya text dia. Maw tau apa saya text? Euw. Semua mahu tau kan? Nyibok sangat! :P Okai okai!
ehem! :D "R****, actually kan, aku memang sukakan kau. Ada hati sama kau, jatuh hati sama kau. HAHAHAHA. Tapikan, aku inda berani maw show and maw bagitau kau yang aku suka dekat kau. And ini first time aku begini. Hoho. Means yang terus terang segala. Masa nie seja aku berani maw cakap. Kalau tunggu esok lusa confirm aku inda berani lagi. Then sebenarnya aku cuma maw bagitau kau seja. Kau terima atau inda, terpulang sama kau. Sebab yang penting aku suda cakap. Hee :'D
Hopely lepas nie kau inda menghindar dari aku. Yeaa laa. Kalau macam kau nda dapat terima, aku maw minta maaf sebab buat kau inda selesa sama aku. Aku cuma maw bagitau apa yang patut kau tau. Even inda terima aku, kita boleh kawan-kawan macam biasa. HAHAHAHA. Ok bye. Nite sam bangpeysssss :D
"

Statement berani matikan? pfftt -.-'
Macam menyesal pun ada. Puas hati pun ada :D
Pihak bunkface tiada bagi apa-apa respon pasal statement di atas :O
Ok. Macam ditolak? Yeah. Redha sejalah. Buat yang terbaik & tidak boleh putus asa. Itu seja jalannya. Permudahkanlah apa yang aku inginkan Ya Allah. AminYarabbalAlAmin ;)

Si Pembuka Pintu Hati ♥
Sunday 22 July 2012 @ 23:19 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum ;)
Hye *you* :D
Terima kasih kerana memberi peluang hati ini untuk jatuh hati. Even kau tidak pernah tau, apa tah lagi maw tau (well, teda perasaankan :P). I dont care at all. Yang penting hari-hari dapat tengok muka. Sentiasa mengharap dekat kau. Dont worry. Aku sabar untuk tunggu kau. Itu sejalah! Okbye ;)

de'SHOES
Friday 20 July 2012 @ 23:05 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum! ;)
Hye HEARTBEAT DELISA :'D
Im home now. Di Labuan. Hee. Tadi baru sampai. Kunun maw balik hari rabu. Sekalinya tida dapat balik sebab College ada buat orientasi hari khamis & jumaat. Humm. Actually tida maw balik labuan. Sebab alang-alang jugakkan hari sabtu datang labuan esok jam9 di KK suda. Tapi memandangkan tiket kapal terbang untuk esok suda booking awal, balik sejalah. Lagipun tida juga rugi balik jumpa family segala. Weeeeeee! ;)

OK. 19-20 julai 2012 iaitu hari khamis & jumaat. College ada buat orientasi. Ngee. Banyak-banyak aktiviti, ada 1 aktiviti nie yang best. Aktiviti LAP KASUT KAWAN :'D
Yerrrr. Sudalah kena suru cari kawan sepasang (lelaki & perempuan). So, firstly aku maw sama si ray. Budak 1kumpulan sama aku. After that si *Encik Sam Bunkface* pegi panggil. (Sepa yang tau pasal *Encik Sam Bunkface* tu, diam-diam seja ok? Yang nampak ditwitter tu kaa apa kaa.) Hee.
So aku maw seja and terpaksalah tolak si ray. Sorry ray. Aku rasa macam kekok kalau dengan kau. Hee :'D
Lepas tu kena suru pegi belakang. Buka kasut kami. Macam biasalah, macam-macam bau ada dalam dewan tu :P Lepas buka kasut kena suru pegang lagi tu kasut. Lepas tu letak balik. Lepas tu kena suru lagi pegang kasut pasangan masing-masing. Aku buat sejalah. Hee. Dia pulak yang lebih nie. Sampai cakap *lieza, pegang depan dia. Nanti bau tangan kau tu* Then aku rasa macam dikayangan(kayanganlah sangat) sebab nampak gentle. TERCAIR sedikit. Repeat! SEDIKIT SAHAJA. Tapi control laa sikit. HAHA.
Aoh my! Malu jugak tu time dia pegang kasut aku :'/
Even pun kawan, perasaan malu tu tetap ada. EEE sudalah kasut tu kotor. HAHA.
Lainlah kasut dia nie. Bersih. Seriously aku cakap, bersih nie. Hee ;)
Lepas tu kami kena suru duduk. Then kena bagi sampul surat, dalam sampul surat ada tisu. Tisu tu gunanya untuk LAP KASUT KAWAN MASING MASING. So aku lap kasut *Encik Sam Bunkface* & dia lap kasut aku. Dia steady seja lap-lap. Berabis lagi tu dia lap. Sampai hancur-hancur tu tisu. HAHA. Aku lap kasut dia sambil tengok dia lap kasut aku. Bukan apa, antara kasut kami, kasut dia lagi bersih! HAHA. Malu bha aku jugak :'/
Lepas tu, kami mesti bagi apa-apa seja barang yang kami maw bagi dekat kawan yang suda lap kasut tu. Actually aku maw bagi keychain. Keychain kesayangan lagi ok ;) Tapi malangnya keychain tu tiba-tiba teda. Dirumah tinggal. So untuk mengejar masa, aku bagilah tu gambar aku -.-' HAHA yang teda teda bha aku bagi :P
then ada aku tulis something di 1 paper. Hee ;) Maw tau? aku cakap cenggini *Senget! Baik betul kau nie ar lap-lap kasut aku tanpa geli-geli. Lainkali lap lagi ok? btw THANKS HAHA <3*
Itu sejalah yang aku cakap. Hee. Actually aku inda maw dia ambil tu pict. Malu aku kalau dia ambil. Bukan lawa. So aku sms dia. HAHAHA. Aku cakap *Kasi balik nanti tu barang* HAHAHA. Sekalinya kena suru ambil tu barang balik didepan/tempat fasi. Aku laaa yang pegi ambil dulu. Takut dia nampak pict aku :P
Hoho. Yang penting best laaa masa tu. Heee.
Thanks Fasi-fasi PTPL! Best kamu punya game yang lap-lap kasut tu :'D
Hee.
BTW *Encik Sam Bunkface*, thanks arr lap kasut :D
Sudahlah muka kau tu teda perasaan. Bule-bule kau buat muka-muka besa seja time lap kasut aku. HAHA. Boyfriend aku pun tida pernah maw lap-lap kasut aku. Huhu. Kau jugaklah harapan. Kan senget ;)
Thanks senget 


Older Post
welcome :)

Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.


Entry Profile Stuff Links



Tagboard

Round of applause
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
#Don't remove this
#Don't ripping